Founder's note
Saya pernah jadi orang yang post setiap hari dan tak dapat apa-apa.
Sebelum Kinux, saya jual SaaS. Saya bantu raise lebih RM2 juta modal luar merentas dua syarikat startup — satu sebagai business development executive, satu lagi sebagai co-founder sebuah syarikat supply chain kopi yang saya exit.
Lepas tu saya kerja sebagai Senior Strategist di sebuah agensi marketing. Saya nampak satu benda sama berulang: klien yang bagus, produk yang bagus, team yang bagus — tapi marketing dibuat ikut mood. Post bila rajin. Berhenti bila sibuk. Pastu salahkan algoritma.
Hari ini saya juga berkhidmat sebagai Penasihat Komunikasi & Media kepada YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang (P099) — kerja komunikasi di tahap yang tak ada ruang untuk silap. Bila awak kendalikan naratif untuk seorang wakil rakyat atau sebuah klinik, awak belajar cepat: konsistensi dan struktur mengalahkan kreativiti yang tak teratur.
Itu yang Kinux jual. Bukan post cantik. Struktur.
Luqman Hakim
Managing Director · Kinux Digital Sdn Bhd